Nama Nissan memang tidak asing lagi terutamanya kepada peminat-peminat filem Fast and Furious di negara kita bahkan di dunia. Dengan memperkenalkan beberapa model sport car Nissan di dalam filem tersebut, secara tidak langsung, ia telah berjaya menjadikan jenama Nissan ini antara yang menjadi igauan peminat kereta berkuasa tinggi.

Nissan Z Herritage Edition 2024 bakal dilancarkan oleh Nissan pada musim luruh 2024 tidak lama lagi di Jepun dengan harga yang bakal ditawarkan dalam julat antarat RM 236,000 ke RM 350,000.

Nissan Z ini direka dengan mengekalkan prestasi lagenda mereka iaitu Fairlady Z, namun disuntik dengan teknologi enjin yang serba baharu dan efisyen terutamanya dari aspek penggunaan bahan api. Nissan Z ini dikuasakan dengan enjin lagenda twin-turbo V6 3.0 Liter yang menjadikan kereta ini memberikan pecutan berprestasi tinggi disamping bunyi enjin V6 yang cukup garang di jalan raya.

Kombinasi teknologi baru dan lama ini menghasilkan sebuah sport car yang diperbaharui dengan ciri-ciri istimewa dengan kecekapan penggunaan bahan api yang optimum. Nissan Z Heritage Edition ini terus mengekalkan identiti ‘Z’-nya, dengan wajah kombinasi klasik-moden dengan mengekalkan lebar asalnya, dan ditambah pula dengan jalur hitam di bahagian bumbung dan bonet hadapannya.

Nissan Z ini juga mengekalkan prestasi handling dan suspension-nya bagi kawalan pemanduan berkelajuan tinggi terutamanya mengambil setiap selekoh tajam di jalan raya. Selain itu, Nissan Z ini juga dibekalkan dengan kokpit sebuah sport car dengan bahagian dalaman yang moden dan sistem terkini yang canggih dan diperbaharui.

Walaubagaimanapun, Nissan Malaysia belum memberikan apa-apa pengesahan penjualan model ini di Malaysia. 

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.