Penggunaan Ammonia sebagai bahan api enjin kereta adalah suatu perkara yang baru kepada industri automotif di dunia. Namun demikian, Toyota telah bekerjasama dengan Syarikat Automotif China, GAC untuk membangunkan prototaip enjin ini seawal tahun 2023. Ammonia dikatakan boleh menjadi pengganti alternatif kepada bahan api kereta bagi menggantikan petrol dan elektrik.

Idea pembangunan enjin ini adalah daripada enjin maritim dan pengangkutan berat, di mana ammonia ini sudahpun dijadikan sebagai tenaga bahan api alternatif bagi menggantikan diesel untuk kapal kontena dan trak berat. Enjin 4 silinder yang berkapasiti 2 liter yang direka ini mampu mengeluarkan kuasa sehingga 161 hp dengan pengurangan 90% emisi karbon diioksida ke udara. GAC sudahpun membina kereta prototaip dengan menggunakan enjin ammonia ini dengan jayanya.

Namun demikian, masalah utama enjin ammonia ini ialah lebihan nitrogen sebagai residu dan peningkatan tekanan pembakaran berbanding jika dibandingkan dengan enjin petrol, dan isu ini sudah pun diselesaikan dengan jayanya oleh GAC. Ammonia adalah gas yang sangat toksik dan sering digunakan sebagai baja tanaman. Oleh kerana ammonia merupakan gas yang sangat mudah terbakar dengan cirian 1 atom Nitrogen dan 3 atom hidrogen (NH3), ammonia adalah suatu sumber bahan api yang sangat berpotensi pada masa hadapan terutamanya untuk penggunaan kereta komersial.

Lebih daripada 2/3 pengeluaran ammonia tahunan dunia digunakan sebagai baja di dalam pertanian, selain digunakan sebagai gas penyejuk, pembuatan plastik, tekstil, dan racun perosak. Sekiranya bahan api ini berjaya digunakan secara meluas, pastinya industri automotif dunia dapat merealisasikan pengangkutan mesra alam di samping memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna kenderaan.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.