Honda dan Nissan bersetuju untuk bergabung kepakaran dalam membangunkan teknologi kereta elektrik (EV) bagi menyaingi pengeluar kereta EV daripada China yang seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Mereka bersetuju untuk menandatangi memorandum persefahaman itu baru-baru ini di dalam kerjasama kepakaran teknologi EV termasuk penggunaan komponen dan perisian tertentu di dalam pembuatan kereta mereka.

Dengan gabungan kerjasama ini, Honda dan Nissan dijangka dapat meminimakan kos pengeluaran kereta mereka bagi menyaingi kereta EV buatan China yang jauh lebih kompetetif, terutamanya BYD dan Li Auto China yang menjadi pilihan pengguna selain Tesla yang lebih popular. Selain itu, kenderaan elektrik MG4 yang banyak memonopoli pasaran kereta EV di Eropah juga merupakan saingan sengit mereka.

Nissan dikenali sebagai pengeluar kereta elektrik yang terawal dengan model Leaf yang dilancarkan pada tahun 2009. Honda dan Nissan masing-masing telah menjual lebih daripada 3 juta kereta di seluruh dunia dan kerjasama ini bakal merentasi pengoperasiannya di Jepun dan luar negara untuk menyaingi kelebihan yang ada pada China. China mempunyai kelebihan dalam kemampuan mereka mengeluarkan kereta pada harga 25% hingga 30% lebih rendah di atas faktor pengurangan kos bahan mentah dan buruh selain sokongan penuh Kerajaan China dalam pengeksportan kereta EV mereka ke seluruh dunia.

Nissan turut mengimbangi perkongsian teknologinya dengan Renault apabila syarikat kereta Perancis itu telah mengurangkan kepentingannya dengan Nissan kepada 43% untuk membangunkan teknologi kereta EV mereka sendiri, Ampere. Nissan melihat itu adalah peluang terbaik untuk pemasaran kereta EV mereka di Eropah. Perkongsian ini sebenarnya menguntungkan kedua-dua pihak dan mengurangkan keterbergantungan mereka kepada bahan mentah China contohnya dalam pembuatan bateri elektrik yang lebih selamat dengan menggunakan bateri natrium-ion yang dibangunkan oleh Northvolt di Eropah. Penggabungan Nissan dan Honda ini dilihat sebagai suatu permulaan yang sangat positif dan dinantikan di dalam bidang EV.

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.