Mercedes Benz adalah suatu jenama yang tidak asing lagi di negara kita. Jenama buatan Jerman ini adalah suatu jenama yang melambangkan prestij, premium dan ‘high class’ bagi sesiapa yang menggunakannya. CLA 45s AMG 4MATIC+ ini yang diperkenalkan pada Julai 2019 (Kod Model: C118) merupakan model CLA generasi kedua. Model ini dikategorikan sebagai jenis Coupe 4 pintu di dalam segmen sub-kompak eksekutif Kelas C. Mengapa dikatakan sangat berkuasa itu?

Model ini menggunakan enjin AMG 2.0 L (Kod Enjin: M139) turbo 4 silinder yang paling berkuasa di dunia. Dengan menggunakan enjin ini, output maksimum yang boleh dikeluarkan oleh enjin ini adalah 421 PS (416 hp) pada 6,750 rpm dan tork maksimumnya ialah 500 NM dari 5000 rpm; menggunakan single in-line twin turbo di mana pecutan dari 0-100 km/j hanya 4 saat sahaja.

Manakala kelajuan maksimum model ini adalah 270 km/j hingga 300 km/j. Kotak gearnya pula menggunakan Dual-Clutch AMG Speedshift DCT 8G atau 8 kelajuan dan merupakan jenis All Wheel Drive yang mana kesemua rodanya bergerak atau aktif yang dipanggil sebagai AMG Performance 4MATIC+. Kelebihan tambahan bagi 4MATIC+ ini ialah ia mempunyai mode drift bagi mereka yang meminati drift. Dari segi casisnya, di bahagian depan ia menggunakan suspension MacPherson Strut manakala di bahagian belakangnya pula menggunakan suspension multi-link.

Sistem brek untuk model ini juga sangat berkuasa sebanding dengan enjinnya iaitu menggunakan 6 piston-brake fixed caliper untuk bahagian depan, dan untuk sistem brek di bahagian belakang menggunakan 1 port floating caliper. Selain daripada enjin yang berkuasa ini, ruang kabin untuk model ini sangat canggih dengan ruang infotainment yang cukup berteknologi tinggi.

Keseluruhan rekabentuk luaran bagi CLA 45s generasi kedua ini juga lebih garang, aerodinamik dan sangat menawan. Harga untuk unit baru bagi model ini bermula daripada RM527,888 tanpa insurans. Apa pendapat anda?

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.