Honda N-Box ini jarang kita lihat di atas jalan raya di Malaysia. Honda ini adalah dalam kategori Hatchback 5-pintu di mana rekebentuk Honda ini mementingkan keselesaan dengan ruang dalamannya yang tinggi dan luas. ‘N’ di sini bermaksud ‘new, next, nippon, dan Norimono’ yang bermaksud kenderan, manakala Box pula bermaksud kotak. Ya, jenis Honda ini memang berbentuk seperti kotak!

Honda N-Box ini pernah menduduki tangga pertama kereta paling banyak terjual di Jepun dan antara kereta yang sangat digemari di Jepun dengan bentuknya yang unik seperti kotak, kompak dan lincah dalam menempuhi kesesakan jalan raya, selain amat selesa untuk dipandu. N-Box ini dikuasakan dengan enjin petrol 3 silinder 660 cc pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Ruang dalaman N-Box dilengkapi dengan infotainment skrin sesentuh dengan keselesaan kabin yang optimum disertai dengan ruang storan yang luas dan hiasan dalaman yang sangat baik. Tempat duduknya seperti bangku yang sangat fleksibel memberikan ruang kepala yang luas yang dilengkapkan dengan pintu gelangsar berkuasa (Power Sliding Door).

Honda N-Box ini adalah model kereta yang dibuat khusus untuk pasaran di Jepun. Namun, jika anda berminat dengan model Kei-Car ini, anda boleh dapatkannya dari Dealer Recond yang sah dan pelbagai pilihan di kereta.online

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.