Penjimatan petrol merupakan satu faktor yang amat penting dalam penggunaan kereta seharI-hari. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, setiap sen yang dibelanjakan adalah amat berharga kepada pengguna. Apatah lagi pengguna kereta perlu bersedia dengan ura-ura pembatalan subsidi bagi petrol RON 95 untuk menjamin kestabilan ekonomi negara tidak lama lagi. Disebabkan faktor ini, maka amatlah penting untuk setiap pengguna kereta agar mempunyai pengetahuan asas dalam kaedah penjimatan penggunaan petrol kenderaan masing-masing.

Kaedah pertama, semasa mengisi minyak petrol, amalkan pengisian pada waktu sejuk atau pada waktu malam dan isi secara perlahan. Logiknya, ketika suhu sekitar rendah atau petrol diisi secara perlahan, lebih banyak kapasiti petrol yang memasuki tangki minyak berbanding wap dari petrol itu sendiri. Begitu juga masa yang sesuai untuk mengisi petrol adalah ketika tangki minyak masih berbaki separuh. Jangan amalkan mengisi petrol ketika minyak berada di takuk ‘E’ kerana lagi kurang minyak di dalam tangki, lagi banyak kapasiti udara di dalam tangki yang dipenuhi wap petrol yang akan mengurangkan kapasiti petrol yang diisi di dalam tangki.

Kaedah seterusnya, pastikan angin tayar sentiasa cukup dan kurangkan menyimpan barang-barang berat di dalam kereta setiap masa, kerana angin tayar tidak cukup serta tambahan barang yang berat pada kereta akan memberi beban tambahan kepada enjin seterusnya akan meningkatkan penggunaan petrol. Selain itu, servis kereta pada masa yang tepat dan panaskan enjin 30 saat sebelum bergerak juga akan memastikan enjin yang lancar dan akan membantu mengurangkan penggunaan petrol.

Kaedah pemanduan juga harus dititikberatkan. Pemanduan yang lebih laju dan kerap menekan brek mengejut akan menyebabkan kereta lebih banyak menggunakan petrol. Tips- tips ini adalah tips berguna bagi pengguna kereta yang boleh dipraktikkan mengikut saranan profesional. Selamat mencuba!

Share This to Friends

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.